Saturday 17 November 2012

Penghargaan

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak UPSI yang membuka peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat PPGPJJ.  Selain itu, ramai orang perseorangan yang perlu saya beri penghargaan kerana telah banyak membantu dari memberi bimbingan kepada persiapan tugasan ini,  antara mereka ialah pensyarah E-Learning , pensyarah luar kampus, rakan-rakan, ibubapa murid, murid-murid serta ahli keluarga.

      Setinggi penghargaan saya beri kepada semua pihak  yang banyak memberi bimbingan kepada saya supaya hasil tugasan ini dapat dijalankan dengan lancar.  Jasa kamu akan saya kenangi selama-lamanya.

Monday 12 November 2012

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.