Nota

Kebersihan dan Kesihatan Diri


Setiap individu perlu menjaga kesihatan diri supaya  mereka hidup dalam keadaan yang sihat. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.  Mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling  rumah bersih merupakan  langkah yang  paling  asas.
Mandi
Pakaian yang bersih

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berkhasiat. Air hendaklah diminum dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik .
Makanan berkhasiat
Minum air


Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang  mampu  memberikan  seseorang  itu  tahap  imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.
Senaman

Seseorang  individu juga perlulah berjumpa  dengan doktor mengikut jadual berkala.Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.
Jumpa doktor

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah.  Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan  kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga.

No comments:

Post a Comment